Sunday, June 21, 2015

PROGRAM TITIAN KASIH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

21 Jun 2015 - JK Tadbir Surau Al Hannan Taman Perling, Segamat telah menganjurkan Program Titian Kasih. Antara lain, program ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan bagi keluarga yang kurang mampu dan ibu tunggal . YB En. Anwar bin Abd.Manap ( Ahli Parlimen Sekijang) telah sudi untuk meluangkan masa bagi bersama - sama di dalam majlis ini. 







Thursday, June 11, 2015

MAJLIS YASSIN, TAHLIL DAN SOLAT HAJAT PERDANA 2015/1436H

11 Jun 2015 - JK Tadbir Surau Al-Hannan dengan kerjasama kariah sekitar taman telah menganjurkan  majlis Yassin, Tahlil dan Solat Hajat Perdana. Majlis dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan yassin dan tahlil. Majlis diteruskan lagi dengan sembahyang isyak berjemaah dan diikuti dengan solat hajat. Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas . Semog dengan adanya majlis seperti ini dapat mengimarahkan lagi surau serta mengeratkan ukhwah di kalangan penduduk taman sekitar.