Sunday, March 8, 2015

JEMPUTAN TAHLIL, DOA SELAMAT DAN RUNDING KERJA EN.ZAINAL BIN AHMAD

6 Mac 2015 - Kariah surau sekali lagi dijemput untuk satu majlis tahlil, doa selamat dan runding kerja di kediaman En. Zainal bin Ahmad beralamat No.2, Jalan Perling 5, Taman Perling, Segamat, Johor. Majlis dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat. Majlis diteruskan lagi dengan  perbincangan bagi menetapkan jawatankuasa untuk runding kerja majlis walimatul urus di rumah beliau. Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh En.Kassim bin Misran selaku Pengerusi JK Tadbir Surau Al-Hannan Taman Perling Segamat.Semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah  hendaknya. 



Monday, March 2, 2015

MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL MINGGUAN

26 Februari 2015 - Rutin mingguan diteruskan lagi. Kali ini Majlis Yassin dan tahlil hajat kariah Surau Al-Hannan iaitu  Haji Ahmad bin Abd Rashid, Izulfian bin Haji Ahmad dan Samudin Yushak dapat disempurnakan...





JEMPUTAN YASSIN&TAHLIL @ MAJLIS KESYUKURAN

14 Februari 2015 - Kariah Surau Al - Hannan telah berkunjung ke rumah En. Hanfi bin Jamil bagi menunaikan hajat beliau untuk bacaan Yassin , tahlil dan Majlis Kesyukuran untuk beliau dan isteri menunaikan umrah. Majlis dimulakan selepas Isyak .