Tuesday, February 17, 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H/2015

6 Februari 2015 - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H/2015 telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 6.00 petang. Majlis dimulakan dengan acara mencukur rambut cucu kepada En Zakaria(Pak Ya),Taman Pelangi. Majlis diserikan lagi dengan acara berselawat dan diteruskan dengan sembahyang berjemaah maghrib. Turut bersama dalam majlis ini ialah YB En. Anwar bin Abd.Manap( Ahli Parlimen Sekijang). Majlis ceramah oleh Ustaz Nizam bin Suradi dimulakan selepas isyak. 

JK Tadbir Surau Al-Hannan amat berbesar hati dengan sambutan dan kerjasama daripada orang ramai. Kesempatan yang ada JK tadbir surau ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan sepanjang berlangsungnya majlis ini.


 

 


GOTONG ROYONG SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H/2015

6 Februari 2015 - Satu gotong royong antara penduduk taman diadakan bermula jam 8.00 pagi. Aktiviti ini bertujuan bagi membuat persiapan untuk majlis sambutan maulidur rasul yang dijadualkan berlangsung pada jam 6.00 petang.  Sambutan yang diterima di kalangan warga taman amat menggalakkan. Semoga dengan adanya gotong royong seperti ini akan lebih mengeratkan silaturahim antara penduduk taman sekitar.





Tuesday, February 3, 2015

JEMPUTAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H/2015

3 Februari 2015 - JK Tadbir Surau dengan kerjasama JK Pembantu Operasi dan Pembantu Awam daerah Segamat ingin menjemput Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H seperti ketetapan berikut :

 TARIKH : 6 FEBRUARI 2015 (JUMAAT)
16 RABIUL AKHIR 1436 HIJRAH
MASA : 5.30 PETANG - 10.00 MALAM

Majlis dijangka bermula seawal jam 6.30 petang. Penceramah Jemputan , Ustaz Norizam bin Suradi akan bersama jemaah untuk menyampaikan ceramah beliau. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ini.





Sunday, February 1, 2015

JEMPUTAN YASSIN&TAHLIL @ MAJLIS CUKUR RAMBUT

31 Januari 2015 - Kariah Surau Al - Hannan telah berkunjung ke rumah En. Zulkiflee bin Mahmood bagi menunaikan hajat beliau untuk bacaan Yassin , tahlil dan Majlis bercukur rambut cucu saudara beliau. Majlis dimulakan selepas Isyak .


 



GOTONG ROYONG KEBERSIHAN SURAU KALI 1 TAHUN 2015

30 Januari 2015 - JK Tadbir Surau dengan kerjasama kariah Surau Al - Hannan telah bersama menjayakan gotong royong. Antara lain, program ini diadakan adalah untuk memastikan kebersihan surau berada pada tahap yang maksima dan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan yang kondusif. Semoga dengan adanya kerjasama seperti ini akan mengeratkan lagi ukhwah sesama jemaah kariah....





MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL MINGGUAN

29 Januari 2015 - Rutin mingguan diteruskan lagi. Kali ini Majlis Yassin dan tahlil hajat kariah Surau Al-Hannan iaitu  Cikgu Md.Murad, Cikgu Wahid dan En.Yusof dapat disempurnakan...





MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL MINGGUAN / MESYUARAT JK KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

22 Januari 2015 - Alhamdulillah majlis yassin dan tahlil mingguan dapat disempurnakan. Pada minggu ini giliran hajat Cikgu Shahril Afzan, En.Faizal dan En. Samik . Di samping itu satu mesyuarat turut diadakan selepas majlis tersebut. Mesyuarat antara JK Tadbir Surau Al-Hannan dan JK KEPSI daerah Segamat bertujuan untuk membincangkan perjalanan Majlis sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.