Saturday, April 25, 2015

MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL MINGGUAN

02 April 2015 - Rutin mingguan diteruskan lagi.


Majlis Yassin dan tahlil hajat kariah Surau Al-Hannan
> Zainal Mohamad
>Samsudin Mohamad
> Abd.Kadir Abdullah



Sunday, April 5, 2015

JEMPUTAN REWANG MAJLIS JEMPUT MENANTU EN.MD ZAIN BIN ALI

28 Mac 2015 - Pakatan Surau Al-Hannan sekali dijemput untuk membantu sambil memeriahkan lagi majlis jemput menantu En.Md Zain bin Ali. Majlis diadakan di balairaya Paya Pulai, Segamat, Johor.





MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL MINGGUAN

26 Mac 2015 - Rutin mingguan diteruskan lagi.

Majlis Yassin dan tahlil hajat kariah Surau Al-Hannan
> Mat Tab Karim
> Ibrahim Md Zain
> Saharuddin Jumat

Turut sama majlis penyerahan wang sumbangan dari wakil Andalusia Travel kepada Surau Al - Hannan Taman Perling , Segamat. 

Majlis diteruskan dengan jemputan doa selamat dan berselawat di rumah Tuan Bilal, En. Razali bin Osman






JEMPUTAN REWANG DI KEDIAMAN EN.ZAINAL BIN AHMAD

21 Mac 2015 - Rewang Majlis Pernikahan dan Persandingan anak perempuan En. Zainal bin Ahmad.


 


Sunday, March 8, 2015

JEMPUTAN TAHLIL, DOA SELAMAT DAN RUNDING KERJA EN.ZAINAL BIN AHMAD

6 Mac 2015 - Kariah surau sekali lagi dijemput untuk satu majlis tahlil, doa selamat dan runding kerja di kediaman En. Zainal bin Ahmad beralamat No.2, Jalan Perling 5, Taman Perling, Segamat, Johor. Majlis dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat. Majlis diteruskan lagi dengan  perbincangan bagi menetapkan jawatankuasa untuk runding kerja majlis walimatul urus di rumah beliau. Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh En.Kassim bin Misran selaku Pengerusi JK Tadbir Surau Al-Hannan Taman Perling Segamat.Semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah  hendaknya. 



Monday, March 2, 2015

MAJLIS YASSIN DAN TAHLIL MINGGUAN

26 Februari 2015 - Rutin mingguan diteruskan lagi. Kali ini Majlis Yassin dan tahlil hajat kariah Surau Al-Hannan iaitu  Haji Ahmad bin Abd Rashid, Izulfian bin Haji Ahmad dan Samudin Yushak dapat disempurnakan...





JEMPUTAN YASSIN&TAHLIL @ MAJLIS KESYUKURAN

14 Februari 2015 - Kariah Surau Al - Hannan telah berkunjung ke rumah En. Hanfi bin Jamil bagi menunaikan hajat beliau untuk bacaan Yassin , tahlil dan Majlis Kesyukuran untuk beliau dan isteri menunaikan umrah. Majlis dimulakan selepas Isyak .