31 Januari 2015 - Kariah Surau Al - Hannan telah berkunjung ke rumah En. Zulkiflee bin Mahmood bagi menunaikan hajat beliau untuk bacaan Yassin , tahlil dan Majlis bercukur rambut cucu saudara beliau. Majlis dimulakan selepas Isyak .
30 Januari 2015 - JK Tadbir Surau dengan kerjasama kariah Surau Al - Hannan telah bersama menjayakan gotong royong. Antara lain, program ini diadakan adalah untuk memastikan kebersihan surau berada pada tahap yang maksima dan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan yang kondusif. Semoga dengan adanya kerjasama seperti ini akan mengeratkan lagi ukhwah sesama jemaah kariah....
29 Januari 2015 - Rutin mingguan diteruskan lagi. Kali ini Majlis Yassin dan tahlil hajat kariah Surau Al-Hannan iaitu Cikgu Md.Murad, Cikgu Wahid dan En.Yusof dapat disempurnakan...
22 Januari 2015 - Alhamdulillah majlis yassin dan tahlil mingguan dapat disempurnakan. Pada minggu ini giliran hajat Cikgu Shahril Afzan, En.Faizal dan En. Samik . Di samping itu satu mesyuarat turut diadakan selepas majlis tersebut. Mesyuarat antara JK Tadbir Surau Al-Hannan dan JK KEPSI daerah Segamat bertujuan untuk membincangkan perjalanan Majlis sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.
13 Januari 2015 - Rutin mingguan diteruskan lagi.
Kuliah mingguan oleh Ustaz Hamid kali ini membincangkan berkaitan bab bersuci (taharah) . Semoga denga adanya
program seperti ini akan lebih mengimarahkan surau seterusnya membawa
keberkatan dan rahmat kepada penduduk taman ini dan sekitarnya.
11 Januari 2015 - Seperti kebiasaan program kuliah yang menjadi rutin mingguan diteruskan lagi. Kuliah kali ini diadakan selepas waktu maghrib. Semoga denga adanya program seperti ini akan lebih mengimarahkan surau seterusnya membawa keberkatan dan rahmat kepada penduduk taman ini dan sekitarnya.
27 Disember 2014 - Sekali lagi pakat Surau Al-Hannan telah dijemput untuk bergotong royong dan memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah. Semoga dengan ada kerjasama seperti ini akan merapatkan lagi ukhwah di kalangann penduduk pada masa akan datang.